Minggu, 25 Mei 2008

PERSAHABATAN

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam,hatimu berhentidari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsikegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.





MALAM

Saat malam datang
aku merenung semua
yang telah aku perbuat
tak pernah terlintas
di pikiran ku,,,
begini akan jadinya
kini kusendiri,,,sendiri disini
semua telah sirna
hanya dalam sekejap
tiada yang abadi didunia
hanya satu yang bersinar didunia
yang hanya sinar
kegalapan dan keceriaan,,,!!!


HAMPA

hati ini hampa
malam telah tiba
terdengar suara merdu
bisikan suara takbiran
hampa terdengar bagiku
walaw itu arti dari sebuah kemenangan
iri hati ini melihat kenyataan
ingin hati ini menjerit, teriak,,,
untuk mengungkapakan
hati kehampaan ku,,,,



AIR MATA KEPEDIHAN

Menahan tetesan air mata ini
kepedihan yang dirasakan
di ujung tombak aku terjatuh
mengalir air mata ini
bagaikan hujan yang turun deras
hanya ingin menunjukkan
air mata sebuah kepedihan
tak tau apa yang ku lakukan,,,
untuk membahagiakan hati kecil ini
dengan menahan air mata kepedian,,,,!!!

Tidak ada komentar: